Wednesday 20 March 2013

SEHARI BERSAMA PENULIS SCRIPT | KIAH THE SPY ASTRO

MINAT TENGOK DRAMA TAK??


Mungkin ramai yang suka tengok Drama di TV , saya pun juga, hari ni Dian nak citer about my fren Muhammad Hafeezul , merupakan seorang penulis script komedi bagi Telemovie or Drama , anak kelahiran Jitra , Kedah yang mendapat pendidikan di UITM Shah Alam dalam Industrial & Graphic Design. Feezul mula menulis untuk major project UITM pada tahun 2005 bagi Majalah ROTTW (Rhythm of the 3rd world), , Feezul berpengalaman 3 tahun lebih dalam bidang penulisan script.




For the 1st time Feezul menulis telemovie ialah MAK JAH SHOOTING pada tahun 2009, yang berkerjasama dengan Ezany Mizariff
Pada tahun 2010, selepas kejayaan Mak Jah Shooting , rezeki Feezul semakin murah dengan mendapat tawaran menulis script untuk ASTRO pula iaitu TELAH DIHALALKAN APPLE ITU & the next is KIAH PEKASAM , dibintangi oleh Rozita Che Wan , Azza Elite , Zain Saidin , from that moment , Feezul tak putus-putus mendapat tawaran untuk menulis script, genre yang senang Feezul tulis ialah KOMEDI.Setakat ini Feezul sangat sangat berpuas hati dengan penglibatan beliau dalam bidang penulisan script ni, Feezul bercita-cita untuk mengarah DRAMA pula satu hari nanti Insya Allah. DIRECTOR ...itu lah target beliau.


Snap pix with MUA & TALENT , untuk outfit Hafeezulwhy

Jomms tengok  KIAH THE SPY yang sedang rancak ditayangkan di ASTRO WARNA lakonan ROZITA CHE WAN,setiap jam 10 malam dan yang akan datang pula di TV AL-HIJRAH ialah CINTA DI SA'ADIYA , konsep jalan cerita ni mungkin berbeza sedikit, konsep nya ialah bercirikan ISLAMIC.semasa TV Al-HIJRAH mula dilancarkan Feezul adalah orang yang terawal menjadi penulis Drama untuk siaran ini.


Selain menulis script Feezul juga ada lancarkan pakaian jenama sendiri iaitu Hafeezulwhy, produk nya terdiri dari T-shirt (unisex), Jeans (unisex) serta High Heels for women of coz!!!
Seronok kan selain menulis buat bisnis, berkawan dengan artis, Moral of the Storey di sini jangan pernah putus asa , sikap yang positif dan rajin mesti kena ada untuk MAJU kan diri,.

.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...